Seorang Lelaki India Hanya Hasilkan Sampah Dua Plastik Setahun.
Darshan Karwat adalah seorang warga India yang telah lulus dari Universiti of Michigan. Namanya menjadi banyak perbincangan setelah dirinya berjaya mempertahankan gaya hidup sangat sihat dan berterusan sepanjang dirinya menjadi pelajar di sana.
Lelaki ini tidak lagi membeli baju baru, memakan makanan segera, dan bahkan tisu tandas hingga dirinya hanya menghasilkan dua plastik sampah dalam setahun. Darshan memulakan percubaan untuk hidup bebas daripada sampah ketika dia tinggal di Ann Arbor, Michigan dan berjaya menjalankannya hingga 2 1/2 tahun.
Di tahun pertama, dia hanya menghasilkan sampah 3.4 kg sampah dan di tahun kedua jumlah sampahnya menurun menjadi 2.7 kg di mana ini merupakan 0.4 peratus daripada 6.8 kiloton dari sampah tahunan rata-rata Amerika. Darshan melakukan perkara ini setelah dirinya diilhamkan oleh sebuah episod radio show "The Story", di mana dia mendengar pasangan dari England hidup tanpa sampah.
Sampah yang dihasilkannya biasanya berupa beberapa beg plastik, botol susu, stiker buah dan pecahan kaca. Untuk boleh hidup seperti ini dia pun memilih untuk berhenti membeli makanan bungkusan, hanya minum susu dari botol yang boleh di kitar semula, berhenti membeli baju baru atau peralatan rumah tangga, termasuk alat. Dia juga mula membawa garpu, sudu, mangkuk dan pinggan sendiri ke mananapun dia pergi untuk mengelakkan penggunaan peralatan plastik.
Mempunyai gaya hidup yang berbeza juga membuat cabaran di kehidupan sosial Darshan. Membawa gelas sendiri di sebuah parti untuk mengelakkan penggunaan gelas kertas tidak lah menarik, tapi pada akhirnya dia berfikir ini sepadan setelah berjaya meyakinkan orang-orang mereka boleh mempunyai gaya hidup yang lebih baik jika mereka mahu. Darshan pun percaya jika dia boleh hidup tanpa sampah, orang lain juga boleh melakukannya..
0 Komentar untuk "Seorang Lelaki India Hanya Hasilkan Sampah Dua Plastik Setahun."