Menakjubkan, Bikini Ini Boleh Bantu Bersihkan Pencemaran Laut.
Pencemaran laut saat ini sudah berada pada tahap yang membimbangkan. Jika tidak segera diatasi, ekosistem laut dan flora fauna yang ada boleh saja terkena impak negatifnya.
Pelbagai cara dilakukan oleh beberapa pihak untuk mengatasi permasalahan ini. Salah satunya seperti yang dilakukan oleh beberapa saintis dari Universiti California. Mereka membuat penemuan baru yang boleh membantu mengurangkan pencemaran laut iaitu The Sponge Suit Bikini.
Berbeza dari bikini pada umumnya, The Sponge Suit direka khusus untuk boleh menyerap bahan pencemar yang ada di laut. Tidak hanya itu, bikini ini juga dapat membersihkan minyak dan bahan kimia, menapis air, bahkan mampu menyerap sehingga 25 kali beratnya sendiri.
Produk ini merupakan idea dari pasukan yang diketuai oleh Mihri Ozkan, seorang profesor kejuruteraan elektrik. Dengan bantuan syarikat Eray Carbajo ia mereka bentuk sebuah baju renang yang terbuat dari bahan pilihan yang diilhamkan daripada liang-liang pada spons.
"Produk ini diperbuat dari material super yang tidak merosakkan alam sekitar," kata Ozkan. "Bikini ini juga tidak memerlukan kos pengeluaran yang banyak."
Walaupun direka mesra alam sekitar, bikini ini tetap mempunyai bentuk yang menarik dan selesa untuk digunakan. The Sponge Suit bahkan telah berjaya mendapat penghargaan di acara Wearable Technology Competition.
0 Komentar untuk "Menakjubkan, Bikini Ini Boleh Bantu Bersihkan Pencemaran Laut."