Batu Ini Terus Membesar Jika Terkena Air.




Trovant adalah fenomena geologi yang unik dan menakjubkan. Batu-batu ini boleh  membesar, seolah-olah mereka hidup. Trovant boleh ditemui di sebuah perkampungan kecil di Romania, Costesti. Kata trovant adalah sinonim untuk istilah Sandsteinkonkretionen yang dalam bahasa Jerman bermakna batuan pasir yang keras.

Batu-batu ini muncul di permukaan bumi setelah berlaku aktiviti seismik yang kuat. Menariknya, trovant mempunyai bentuk yang menyerupai bola pasir. Fenomena itu telah terjadi 6 juta tahun yang lalu.

Trovant akan terus membesar ketika mereka terkena air. Trovant kecil berukuran enam hingga lapan milimeter boleh tumbuh menjadi berukuran enam hingga sepuluh meter. Bahkan, beberapa dari mereka boleh bergerak sendiri.

Ada banyak teori yang menjelaskan asal dan perilaku trovant. Namun hingga kini, para saintis masih bingung dengan fenomena itu. Mereka percaya bahawa batu-batu itu mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan apabila permukaannya basah, mineral itu mula tersebar, dan menekan pasir hingga nampak membesar.


 
 





0 Komentar untuk " Batu Ini Terus Membesar Jika Terkena Air."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info