Misteri Penemuan Lubang Ke Neraka di China.
Sebuah lubang misteri muncul di sebuah kaki bukit di Bandar Urumqi, Wilayah Autonomi Xinjiang, China. Dari dalam lubang itu terdapat api dengan suhu mencapai 792 darjah Celsius.
People 's Daily Online melaporkan, para pakar kesulitan meneliti kedalaman lubang tersebut. Sebabnya, panas yang dikeluarkan lubang itu amat tinggi, sehingga tidak boleh dilakukan pemeriksaan dari jarak dekat.
Penduduk tempatan mengaku merasakan perbezaan suhu di tanah yang mereka pijak di sekitar lokasi itu. Anehnya, bukit tersebut bukan termasuk kawasan gunung api. Para pakar dari Biro Geologi Xinjiang Meitian menduga, lubang itu disebabkan oleh lapisan batu bara yang terbakar di bawah tanah yang menyebabkan lapisan tanah di atasnya runtuh dan membentuk lubang.
Huang Wei, seorang jurutera pada agensi tersebut berkata, fenomena itu sudah ada di kawasan tersebut selama beberapa dekad terakhir.
Sesetengah pengguna internet di China memberi jolokan nama 'pintu masuk ke neraka' setelah melihat gambar.
Sementara itu, pemerhati Biro Geologi Xinjiang Meitian, Chen Long mengatakan bahawa pada tahun 1970-an, pernah ada puluhan lombong arang batu di kawasan tersebut.
0 Komentar untuk "Misteri Penemuan Lubang Ke Neraka di China."