KUALA LUMPUR: Satu siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Malaysia Airlines ke atas dakwaan yang dibuat dalam program televisyen Australia bahawa krew penerbangan MH370 yang hilang telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011.
Dakwaan dibuat oleh Jonti Roos dalam program 'A Current Affair' itu turut memaparkan gambar-gambarnya bersama seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.
Menerusi program itu Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama-sama dengan rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.
Dia seterusnya berkata semasa penerbangan pada Disember 2011, krew berkenaan turut bergambar dengan mereka.
Malaysia Airlines enggan mengulas sehingga siasatan selesai.
Penerbangan MH370, menggunakan pesawat B777-200 bertolak dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac.
Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Penyelamat antarabangsa masih mencari pesawat enjin berkembar yang membawa 239 orang di atas kapal. mstar.com.my
Home
»
Dunia Semasa
»
Malaysia Airlines Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Wanita Australia Masuk Kokpit
popular post
-
Ini adalah surat khabar yang terkecil dan dijumpai di London. Surat khabar ini telah dicatitkan di dalam buku Guinness World Record pada ...
-
Cukup dikenali sebagai "Blue Pond", sebuah kolam buatan manusia di bandar Biei di Hokkaido, Jepun nampak berubah warna tepat d...
-
Ternyata tidak hanya manusia saja yang pandai memancing ikan, dalam video ini kelihatan seekor burung Green Heron dengan tenangnya memanc...
-
Wisel sebenarnya merupakan sebuah alat yang ditiup untuk menandakan sebuah pertandingan. Namun entah apa yang difikirkan oleh lelaki ini...
-
CHO NQING, China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilihat memukul dan menendang seorang bayi lelaki berusia 18 bulan d...
-
Gambar dua individu yang menyamar dan menaiki pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu lalu dikeluarkan kepada agensi perisikan antarabangsa. ...
-
Ternyata tidak hanya manusia saja yang pandai memancing ikan, dalam video ini kelihatan seekor burung Green Heron dengan tenangnya memanc...
-
Jika di Rusia ada Kristina Pimenova, gadis kecil yang sudah jadi model jenama fashion ternama di usianya yang baru 6 tahun, di China rupa...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "Malaysia Airlines Jalankan Siasatan Dalaman Dakwaan Wanita Australia Masuk Kokpit "