Terlalu Kerap Melakukan Pembedahan Plastik, Wajah Gadis Ini Hampir Membusuk.
Semakin banyak orang yang melakukan pembedahan plastik demi mengejar kesempurnaan wajahnya. Ada yang ingin semakin cantik, semakin kacak, atau meniru wajah artis tertentu. Malangnya, ketagihan pembedahan plastik membuat gadis yang satu ini mengalami kerosakan di wajahnya.
Tidak diketahui siapa nama gadis ini, dilaporkan oleh lollipop.sg, si gadis mengalami kerosakan di muka kerana terlalu sering melakukan pembedahan plastik. Wajah gadis tersebut awalnya elok saja dan mulus, namun lama-kelamaan dia melaporkan bahawa wajahnya mula mengalami kerosakan akibat pembedahan plastik yang berkali-kali dia lakukan.
Beberapa foto yang dimuat naik oleh gadis tersebut menunjukkan bahawa bahagian hidung mengalami bengkak dan kemerahan hingga ditutup oleh topeng. Jika dibandingkan antara foto selepaspembedahan plastik dan cantik, wajah si gadis mengalami banyak perubahan berbanding gambar masa kecilnya yang lucu dan comel.
Gadis ini dikhabarkan mempunyai masalah percaya diri kerana sering dianggap hodoh. Kerana itulah dia melakukan beberapa kali pembedahan plastik. Walaupun hanya untuk mendapatkan mata yang lebih lebar, dia melakukan 7 kali pembedahan plastik sekaligus suntikan asid hyaluronik agar matanya lebih cantik.
Namun pada akhirnya, rasa ingin tampil sempurna itu membawa masalah di bahagian hidung. Proses Rhinoplasty pada hidungnya membuat bahagian tersebut mengalami jangkitan dan sangat mungkin membuat wajah sang gadis mengalami kerosakan. Hingga saat ini belum diketahui bagaimana keadaan terakhirnya.
Yang membuat kasiahan,ibubapa si gadis ini membiarkan anaknya berkali-kali melakukan pembedahan plastik kerana mereka berfikir bahawa anak mereka memang hodoh.
Di bawah ini adalah beberapa foto perubahan wajah gadis ini, mula kecil hingga mengalami jangkitan di bahagian hidung.
0 Komentar untuk " Terlalu Kerap Melakukan Pembedahan Plastik, Wajah Gadis Ini Hampir Membusuk."