Perut Terus Membuncit, Ternyata Ada Gumpalan Rambut Dalam Perut Budak Ini.
Anda tidak akan percaya melihat benda di dalam perutbudak lelaki ini. Pasukan doktor menjumpai gumpalan rambut tersumbat di sistem pencernaan di dalam perut budak yang berusia 4 tahun. Rambut manusia tersebut membuatnya terus menangis setiap hari menahan sakit.
Sivam Kumar (4 tahun) mengalami penderitaan yang cukup lama. Beberapa waktu lalu, ibubapa Sivam membawanya ke doktor selepas bahagian perutnya kelihatan membesar. Menurut ibu bapanya, Sivam sering mengalami kesakitan dan menangis. Awalnya pasukan doktor mengira bahawa perut yang nampak besar itu disebabkan oleh jangkitan teruk, namun yang didapati dari hasil CT scan sangat mengejutkan.
Pasukan doktor mencari benda asing yang sangat panjang dan menyumbat di perut dan usus Sivam. Pasukan doktor akhirnya melakukan pembedahan dan betapa memeranjatkan apabila benda asing itu diangkat, ternyata adalah gumpalan rambut manusia yang sangat panjang. Rambut itulah yang membuat Sivam kekurangan nutrisi kerana rambut tidak boleh dicerna dan menghalang penyerapan nutrisi.
Bayangkan, rambut sepanjang 1.2 meter berada di dalam usus Sivam. Menurut Mad World, Sivam menderita Rapunzel Syndrome atau keadaan yang jarang berlaku di mana dia suka memakan rambut rambutnya sendiri.
"Dia sering menangis sepanjang masa tetapi tidak boleh menjelaskan pada kami apa yang salah. Akhirnya kami membawa ke doktor tetapi selalu tidak mencari apa-apa, kata ayah Sivam. Hingga akhirnya CT scan dilakukan dan nampak penyebab perut Sivam membesar.
Untuk sementara, Sivam sudah pulih. Pasukan doktor menyarankan agar ibubapa Sivam membotak kepala anaknya untuk mencegah dia makan rambutnya sendiri setelah pembedahan dilakukan.
0 Komentar untuk "Perut Terus Membuncit, Ternyata Ada Gumpalan Rambut Dalam Perut Budak Ini."