16 Foto Mengambarkan Kemiskinan Rakyat Filipina .
Kemiskinan sepertinya merupakan masalah pelik yang dihadapi oleh semua negara maju. Salah satu kawasan di dunia ini yang masih didominasi oleh negara yang sedang berkembang adalah kawasan Asia Pasifik.
Predikat sebagai negara yang masih berkembang adalah Filipina. Berdasarkan data yang dilaporkan oleh Dinas Sosial Filipina, menyebutkan bahawa pendudk yang hidup dibawah garis kemiskinan 40%. Untuk wilayah Ibu Kota Filipina, iaitu Manila saja, jumlah penduduk miskin mencapai 12 juta orang.
Sungguh merupakan pemandangan yang sangat ironis, di sebalik bangunan tinggi, infrastruktur yang lengkap, gemerlap lampu pada malam hari di Bandar Manila, masih banyak nyawa rakyat Filipina yang tidak terurus.
Kerajaan Filipina sepertinya berusaha untuk tidak tahu menahu mengenai apa yang dialami oleh rakyatnya. Bayangkan saja, penduduk miskin yang ada didepan Bangunan Kerajaan sahaja tidak terurus, apalagi penduduk miskin yang letaknya jauh dari kelopak mata.
Kerana kehidupan harus tetap diteruskan, penduduk miskin yang hidup ditengah-tengah hiruk pikuk kemewahan Bandar Manila berupaya untuk membuat tempat hanya sekadar untuk berteduh dari panasnya cahaya matahari, dan dinginnya malam.
Tempat yang dijadikan sebagai penempatan tersebut adalah kawasan perkuburan umum. Sehingga, jangan hairan apabila berkunjung ke Manila, banyak tanah perkuburan umum yang dihias sedemikian rupa untuk menjadi penempatan bagi penduduk miskin. Semoga kerajaan Filipina, membuka mata hatinya, dan peka terhadap masalah yang sebenarnya terjadi.
0 Komentar untuk "16 Foto Mengambarkan Kemiskinan Rakyat Filipina ."