Ketika kita berenang di laut yang cukup dalam masa diving, mungkin tubuh kita harus menyesuaikan dengan tekanan yang ada. Jika tidak, kita akan meninggal dunia kerana tekanan yang kuat. Demikian juga ikan, mempunyai tahap kedalaman, di mana mereka boleh hidup.
Pada catatan rekod sebelumnya, ikan Snailfish berjaya mencatatkan rekod sebagai ikan yang mampu hidup di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Namun rekod baru dicatatkan oleh ikan snailfish di Mariana Trench, yang merupakan laut paling dalam yang pernah tercatat.
Ikan snailfish atau ikan siput ini, ternyata mampu hidup di kedalaman lebih daripada 8,000 meter, tepatnya 8.145 meter di bawah permukaan laut. Ikan ini ditemui dalam rangkaian ekspedisi, untuk melihat kehidupan di laut dengan kedalaman ekstrem.
Dalam sebuah video, ikan ini mempunyai mata yang sangat kecil, dengan kepala yang cukup besar. Ukurannya dperkirakan sebesar lengan manusia.
"Ini adalah ikan laut dalam yang belum pernah kita lihat sebelum ini, tidak seperti yang kami bayangkan dan ketahui. Ini benar-benar sangat pelik, sayap besarnya berfungsi seperti sirip, dan kepaknya seperti tidak seimbang," kata Dr Alan Jamieson dari Universiti Aberdeen.
Kajian ini menggunakan kapal selam khas, yang tahan akan tekanan yang cukup tinggi, dan juga dilengkapi dengan kamera beresolusi tinggi, yang diberi nama Hadal Lander yang dicipta di Aberdeen.
popular post
-
Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas ...
-
Amerika Syarikat – Sebuah kabin di puncak awan menjadi tempat rahsia untuk pelancong bermalam pada ketinggian lebih 2,100 meter dari pa...
-
Di musim gugur, bermakna banyak daun kering berjatuhan ke tanah yang akan membuat orang sibuk untuk menyapu membersihkannya. Membakar dau...
-
Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempu...
-
Banyak gadis-gadis zaman sekarang bercita-cita untuk menjadi seperti boneka Barbie kegemaran mereka. Lain halnya dengan Katie Lawrence, g...
-
Tidak sedikit orang yang enggan memakan sayur kerana rasanya yang kurang sedap atau bahkan pahit. Namun penampilan cantik salad sayur has...
-
Nenek Shirley Andrews, 80 tahun digelar sebagai Ratu S3ks sebab telah meniduri lebih daripada 1,000 lelaki dan membintangi sejumlah film ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info





0 Komentar untuk " Snailfish, Ikan Pelik Ditemui di Laut Paling Dalam."