Selalu ada cara untuk menamatkan kehidupan di dunia, dengan bunuh diri. Biasanya, si pelaku tidak terus terjun begitu saja, tetapi melakukan pertimbangan. Bahkan ada banyak usaha bunuh diri yang boleh digagalkan, baik oleh bantuan orang lain, keluarga, bahkan kekasihnya.
Kali ini usaha bunuh diri seorang anak sempat digagalkan oleh ibunya sendiri. Lelaki yang kelihatan di dalam gambar cuba melompat ke sungai, namun tangannya dipegang erat oleh ibunya sendiri dalam masa yang cukup lama. Bahkan ibunya sempat putus asa,kerana lama menunggu bantuan datang.
Dalam gambar menunjukkan seorang ibu yang ketakutan, dan hampir putus asa setelah mencengkam lengan anaknya, setelah ia cuba melompat dari jambatan.
Wanita tersebut memegang tangan pemuda itu selama 20 minit, sehingga anggota bomba tiba di tempat kejadian, untuk menariknya ke tempat yang selamat.
Lelaki itu dipercayai hendak bunuh diri, dan cuba untuk menamatkan hidupnya sendiri dengan melompat dari jambatan, di Huizhou, China selatan Provinsi Guangdong.
Sebelum melompat dari jambatan, lelaki itu kelihatan bertengkar dengan ibunya dan keluarga. Dia kemudian memanjat pagar dan cuba untuk melompat. Namun, ibunya sedar lalu menggenggam tangannya dan cuba menarik ke atas.
Dia kemudian berjaya memegang tangannya, sementara lengan lain berpegangan ke sebuah bar logam, sehingga anggota bomba tiba. Belum ada keterangan pasti, apa yang menyebabkan pertengkaran tersebut.
Namun apapun permasalahannya, dan jika terjadi pada anda, maka bunuh diri bukanlah penyelesaiannya.
popular post
-
Seorang petani di Wales mengatakan bahawa seekor kambing berkaki lima baru saja lahir diladangnya dalam keadaan sihat. "Dia seolah-o...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan set...
-
Pada tanggal tarikh 31 Oktober selalu diperingati sebagai Hari Halloween oleh orang di seluruh penjuru dunia. Banyak orang berlumba-lumba...
-
Badan antariksa Amerika NASA berniat untuk mendaratkan manusia di planet Marikh pada tahun 2035. Rancangan ini akan dilakukan dengan pesa...
-
Walaupun telah cuba membunuh diri, Apabila seseorang belum ditakdirkan untuk meninggal dunia maka ia tidak akan meninggal. Tuhan mempunya...
-
Vienna: Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai me...
-
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerim...
-
Dunia haiwan selalu menarik untuk dilihat. Pemangsa akan selalu mengejar mangsa, demi mendapatkan makanan. Demikian juga mangsa, akan men...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info





0 Komentar untuk "5 Foto Seorang Ibu Cuba Mengagalkan Usaha Anaknya Membunuh Diri."