Di zaman ini pembedahan plastic sepertinya sudah menjadi sebuah trend terutama bagi mereka yang mempunyai banyak wang tetapi tidak mempunyai rasa syukur dengan kudrat fizikal yang telah dikurniakan oleh Maha kuasa.
Tidak hanya popular dikalangan kaum hawa sahaja, pembedahan plastic ternyata juga digemari oleh kaum lelaki yang ingin merombak penampilannya secara fizikal, namun apa jadinya jika yang didapati ternyata sangat tidak sesuai dengan apa yang diharapkan dan malah berakhir sangat mengerikan seperti yang dialami oleh lelaki ini.
Sebelumnya ia dikenali sebagai seorang penganjur tinju dengan nama Frank Maloney dan merubah namanya menjadi Kellie Maloney selepas melakukan pembedahan transgender yang sedang melalui masa peralihan selama 18 bulan ini untuk merubah kelaminnya menjadi seorang wanita, namun berakhir dengan kecederaan yang sangat memalukan sekaligus mengerikan.
Dia mengatakan dia takut kerana kepalanya terasa akan meletup setelah mengalami kecederaan bedah plastic yang mengakibatkan pendarahan pada kedua matanya dan hampir membuatnya maut.
Yang paling mengerikan adalah dia juga menggunakan pisau untuk merobek bahagian matanya sendiri agar kelihatan lebih feminin layaknya seorang wanita.
Dia berkata: "Dengan menggunakan pisau itu saya membuat mata saya hingga berdarah dan merasakan sakit yang sangat luar biasa".
"Kemudian saya merasa kepala saya semakin membengkak seperti belon, semakin besar dan bertambah besar dalam beberapa saat, Saya hampir tidak boleh melihat. Saya takut kepala saya akan meletup. "
Pendarahan dalaman yang teruk yang dialaminya tersebut adalah reaksi dari bedah plastic di salah satu klinik di Belgium yang dilakukannya dua minggu lalu, menyebabkan kepalanya membengkak dua kali lebih besar dan hampir membuatnya berhenti bernafas.
Doktor kemudian berjuang selama 10 jam untuk menyelamatkannya nyawanya.
Maloney, yang mempunyai tiga anak tersebut memilih hidup sebagai seorang wanita dan sudah melakukan terapi hormone, elektrolisis guna menghilangkan rambut yang berlebihan pada tubuhnya, kaunseling, dan latihan suara.
Sebelumnya ia telah menjalani pembedahan plastic di Sepanyol sehingga tidak ada kebinbangan terhadap pembedahannya baru-baru ini yang merupakan pembedahan pada mata, hidung, kelopak mata dan pipi, serta bentuk wajahnya.
Doktor mengatakan reaksi kejutan yang dialaminya tersebut disebabkan dia telah mengambil tablet aspirin untuk menurunkan tekanan darah kerana selain itu dia juga mengalami penyakit jantung.
Perkara ini diyakini telah menghentikan proses penyembuhan luka pembedahannya dengan baik, yang mencetuskan kompilkasi dan pendarahan yang teruk.
Namun para doktor juga yakin ia akan melalui proses pemulihan penuh dan gembira dengan hasil akhirnya.
Walaupun dia telah mengalami trauma akibat pembedahan plastic, perkara itu tidak membuatnya ragu untuk meneruskan usaha peralihan penuh menjadi seorang wanita. Ia mengatakan masih bertekad untuk melakukan pembedahan final tersebut agar menjadi seorang wanita sepenuhnya dan merancang untuk melakukan pembedahan pembesaran payudara dan pergantian kelamin selanjutnya di klinik swasta.
popular post
-
Jika di Rusia ada Kristina Pimenova, gadis kecil yang sudah jadi model jenama fashion ternama di usianya yang baru 6 tahun, di China rupa...
-
Pereka fesyen Cassandra Verity Green telah mencipta Beg Sandang dan Beg tangan wanita yang membolehkan orang untuk membawa ikan kesayanga...
-
Tidak seperti orang umumnya yang ingin sihat dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Perempuan ini makan perkara yang sangat luarb...
-
Bekas tayar terpakai merupakan salah satu sumber sampah terbesar dan sisa paling bermasalah, kerana kawasan besar yang dihasilkan, daya t...
-
Seks bebas merupakan salah satu penyebab utama penyebaran HIV atau AIDS dan penyakit berjangkit yang lain. Pelbagai cara dilakukan untuk me...
-
Batu ini tetap menjadi misteri kerana di batu-batu itu tetap terpahat ukiran rusa yang tidak pernah diketahui asal usulnya. Batu-batu in...
-
Kerajaan paling lama memerintah di dunia, diera kerajaan memang dinasti atau keturunan sangat memainkan peranan penting dalam mengekalkan...
-
Lupita dan Carmen Andrade, 16, dijangka hanya bertahan selama tiga hari selepas mereka dilahirkan. Kebanyakan kembar siam mati tidak la...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Ngeri! Pembehan Plastik Yang Paling Seram dan Mengerikan."