Menyeramkan! Mumia Kanak-kanak Ini Kelihatan Membuka dan Menutup Matanya.


Tubuh mumia menyeramkan di Sicily telah menjadi subjek spekulasi banyak orang selama bertahun-tahun. Dalam sebuah rakaman video, mumia gadis yang bernama Rosalia Rombardo tersebut kelihatan sedang membuka dan menutup matanya. Rosalia meninggal pada tahun 1920 kerana penyakit radang paru-paru.

 Pada siang hari, mata birunya secara baik boleh kelihatan apabila dia menggerakkan kelopak matanya. Namun begitu, para penyelidik di Itali tetap mempunyai penjelasannya tersendiri yang lebih masuk akal.

Menyeramkan! Mumia Kanak-kanak Ini Kelihatan Membuka dan Menutup Matanya
Menyeramkan! Mumia Kanak-kanak Ini Kelihatan Membuka dan Menutup Matanya.

Rosalia adalah salah satu mumia terbaik yang pernah ada, jasadnya berada di kuil Capuchin, Palermo, Sicily. Dia digelar sebagai "sleeping beauty" kerana hanya kelihatan seperti seorang bayi berumur 2 tahun yang sedang tidur.
 
 Kecantikan wajahnya dirangka oleh rambut kerinting, berselimut, dan dia mengenakan reben yang diikat di kepalanya. Namun begitu, Mata Rosalia sebenarnya tidak boleh membuka dan menutup seperti yang dikatakan oleh ketua kuil Capuchin berikut ini:

"Itu adalah sebuah ilusi optik yang dihasilkan oleh cahaya yang masuk melalui sisi tingkap, sehingga pada siang hari seolah-lah mata mumia tersebut boleh bergerak-gerak,". Kata Piombio Mascali, ketua kuil Capuchin.
 
 Jasad mumia tersebut telah sedikit berpindah dari kedudukan awalnya, sehingga dengan kedudukan baru ini menjadikan bagi seseorang untuk boleh melihat kelopak matanya. Piombino Mascali mencari tempat pengawetan rahsia mumia Rosalia pada tahun 2009. Sebahagian besar mumia dirawat oleh sami-sami dan menjadi kering kerana persekitaran tetapi Rosalia adalah yang masih elok dan sempurna.

Ayah Rosalia sangat sedih dengan kematian anaknya dan ingin agar tubuhnya dipelihara untuk selamanya. Dia kemudian meminta bantuan kepada ahli taksidermis dan pengawetan Alfredo salafia, yang juga telah meninggal pada tahun 1933. Namun hingga ia meninggal dunia, ia tidak pernah mendedahkan bahan kimia rahsia apa yang digunakan untuk mengawetkan mayat Rosalia.

Piombino Mascali mencari naskah tulisan tangan salafia yang mengandungi bahan-bahan yang digunakan pada tahun 2009. Formula tersebut isinya: "satu bahagian gliserin, satu bahagian formalin dicampur dengan seng sulfat dan klorida, dan satu bahagian lagi dari larutan alcohol dengan asid silsilat".

Ramuan tersebut bekerja dengan sempurna, formalin membunuh bakteria, gliserin mencegah tubuhnya agar tidak mengering, asid silsilat membunuh semua cendawan dan garam zink membantu mengawetkan tubuhnya.



0 Komentar untuk "Menyeramkan! Mumia Kanak-kanak Ini Kelihatan Membuka dan Menutup Matanya."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info