Aneh! Lelaki Ini Selalu Muncul Dalam Mimpi Setiap Kebanyakan Orang.


Cerita ini bermula pada tahun 2006, ketika itu salah seorang pesakit Psikiatri di New York menggambar wajah seorang lelaki yang selalu muncul berkali-kali dalam mimpinya. Lelaki tersebut didalam mimpi secara teratur memberinya nasihat tentang hidup. Namun dalam kehidupan sebenar dia mengaku tidak pernah bertemu dengan lelaki tersebut.

Kemudian doktor menghantar gambar lelaki misteri itu kepada doktor lain dan memintanya untuk menunjukkan kepada pesakit lain untuk mengetahui siapa lelaki misteri yang selalu memberi nasihat dalam mimpi tersebut.

Dalam beberapa bulan kemudian 4 pesakit mengaku pernah melihat lelaki yang sama dalam mimpi mereka. Ketika gambar tersebut menjadi popular di internet, puluhan orang mula mengatakan bahawa mereka melihat lelaki yang sama dalam mimpi mereka.

Kerana begitu fenomenanya lelaki misteri itu, sebuah laman web www.thisman.org dibuat pada tahun 2008 yang bertujuan untuk mencari siapa lelaki misteri itu sebenarnya dan mereka berharap bahawa lelaki misteri tersebut benar-benar ada dalam kehidupan nyata.


0 Komentar untuk "Aneh! Lelaki Ini Selalu Muncul Dalam Mimpi Setiap Kebanyakan Orang."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info