Aksi Gila! Lelaki Terjun Dengan Ketinggian 8,00 Kaki Guna 90 Biji Belon .



Seorang lelaki yang gemar melakukan aksi berbahaya telah membuat terjunan setinggi 8,000 kaki menggunakan 90 biji belon sebelum dia bertindak menembak belon-belon itu semasa dalam terjunan.

Menurut laporan portal Daily Dot, lelaki itu, Erik Roner yang juga merupakan ahli kumpulan sarkas, Nitro Circus telah melakukan aksi tersebut dengan duduk di atas kerusi malas yang diikat dengan 90 biji belon berisi gas helium.

Dia merakam sendiri aksi terjunan itu dengan menggunakan kamera yang dipasang pada topi keledar keselamatan.

“Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain melakukan aksi berbahaya ini,” kata Roner semasa berada pada ketinggian 8,000 kaki dan bersedia untuk terjun.

Lelaki itu dilihat menembak belon-belon yang diikat pada kerusinya satu persatu sebelum membuka payung terjun dan telah melakukan pendaratan dengan selamat.





Related Post

  • Kembar Ini Berlainan Warna Kulit Dua orang adik beradik kembar biasanya sukar untuk dibezakan. Jarang sekali mereka mempunyai penampilan yang sangat b…
  • Burger Lidah Terjelir Kuro Ninja, atau hitam Ninja, adalah sandwich yang terbaru dair Burger King di Jepun. Burger itu menggunakan roti&nbs…
  • Buah Kelapa Terbesar di Dunia. Sejenis buah kelapa  besar yang unik ini bernama coco de meer, buah  unik ini konon hanya ada di satu negar…
  • Kuda Berbulu Emas. Korang tentunya sudah mengenal haiwan bernama kuda. Haiwan ini sudah banyak berjasa di bidang pengangkutan saat keret…
  • Berus Gigi Termahal di Dunia. Berus gigi sudah menjadi barang yang perlu ada dalam kehidupan sehari-harian. Sebabnya, tanpa berus gigi, kita mempun…
0 Komentar untuk "Aksi Gila! Lelaki Terjun Dengan Ketinggian 8,00 Kaki Guna 90 Biji Belon ."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info