AirAsia QZ8501: Rekod 13,600 Penerbangan, 23,000 Jam .


Kredit foto mstar.com.

Pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501 telah mencatat lebih kurang 23,000 jam penerbangan melibatkan kira-kira 13,600 penerbangan, kata pengeluar pesawat Airbus dalam kenyataan pada Ahad.

Syarikat Eropah itu berkata pesawat A320-200 berkenaan, yang mampu membawa 180 penumpang, diserah kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia pada Oktober 2008.

Ia didaftarkan sebagai PK-AXC dengan MSN (Nombor Siri Pengeluar) 3648 dan beroperasi mengikut servis berjadual.

Pesawat milik AirAsia Indonesia itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura apabila ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu tempatan.

A320-200 adalah pesawat dua enjin satu lorong, kata Airbus, yang beribu pejabat di Toulouse, Perancis.

Pesawat jenis A320 ini memulakan perkhidmatannya pada Mac 1988.

Menjelang akhir November 2014, lebih 6,000 pesawat jenis ini digunakan lebih 300 syarikat penerbangan.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa penerbangan Indonesia melancarkan misi mencari dan menyelamat dan ketika berita ini disiarkan, pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu belum dijumpai.

"Airbus akan memberi bantuan penuh kepada pihak berkuasa penyiasatan keselamatan, Bureau d'EnquĂȘtes et d'Analyses (BEA), dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengendalikan penyiasatan," kata Airbus.

Syarikat itu berkata maklumat terkini akan diumumkan apabila ia disahkan dan diluluskan pihak berkuasa.mstar.com.
0 Komentar untuk "AirAsia QZ8501: Rekod 13,600 Penerbangan, 23,000 Jam ."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info