Pelik! Wanita China Ini Miliki Tapak Kaki Terbalik.
Seorang wanita berasal dari China, lahir dengan keadaan yang berbeza dengan manusia lainnya. Wang Fang yang tinggal di Chongqing, China, dilahirkan dengan telapak kaki yang terbalik.
Doktor yang merawat Wang awalnya takut dia tidak akan mampu berjalan dengan kakinya. Namun, wanita berusia 30 tahun itu mampu memukau para doktor dengan kemajuan yang ditunjukkannya.
Menurut pendampingnya, Wang tidak merasa ada yang cacat dalam dirinya. Meskipun lahir dengan keadaan tersebut, Wang mengaku hidup bahagia bersama anak lelakinya yang lahir dengan keadaan normal.
"Aku boleh lari lebih cepat daripada kebanyakan rakan-rakanku.Ketika ini aku mempunyai pekerjaan tetap sebagai pelayan di restoran ," kata Wang. "Tidak ada alasan untukku merasa sebagai orang cacat."
"Aku boleh berjalan seperti orang lain. Bahkan aku boleh berjalan lebih cepat dari mereka," kata Wang. "Aku sama seperti orang lain, kecuali untuk memakai kasut, aku harus memakainya di belakang."
Keadaan Wang bukan yang pertama kali berlaku. Sebelumnya, seorang doktor sempat mengatakan lelaki berasal dari Brazil yang lahir dengan kepala terbalik tidak dapat bertahan hidup lama. Namun lelaki bernama bernama Claudio Vieira de Oliveira ini membuktikan bahawa ia boleh menjadi inspirasi bagi seluruh masyarakat. Ia bahkan menerima undangan dari banyak negara dengan menjadi motivator.
0 Komentar untuk "Pelik! Wanita China Ini Miliki Tapak Kaki Terbalik."