Misteri Ukiran Rusa di Batu Menegak di Deer Stones Mongolia.



  Batu ini tetap menjadi misteri kerana di batu-batu itu tetap terpahat ukiran rusa yang tidak pernah diketahui asal usulnya.

Batu-batu ini  dinamakan Deer Stones atau Batu Rusa kerana banyaknya didapati ukiran rusa di dinding batu. Batu ini dijumpai di sepanjang padang rumput Mongolia Utara dan selatan dataran Siberia. Menurut para penyelidik yang berminat pada penemuan ini, batu-batu itu telah ada sejak zaman megalitikum. Batu ini dijumpai dalam jumlah yang cukup banyak hingga mencapai ratusan jumlahnya.

Batu ini kukuh berdiri dengan variasi dari 3 - 15 meter. Menurut anggaran ada 700 batu rusa yang berada di Mongolia. Batu-batu ini diperbuat daripada batu granit yang mengandungi ukiran-ukiran berbentuk gambar rusa. Ukiran-ukirannya pun sangat unik kerana ada gambar rusa biasa, ada rusa yang mempunyai tanduk besar dan pelbagai variasi gambar rusa lain.

Tidak hanya itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa para pembuat ini pasti telah mempunyai tahap imaginasi yang tinggi kerana didapati model rusa yang terbang di udara. Ada pula rusa yang terbang menuju matahari. Hal ini ternyata mempunyai kaitan dengan tradisi penduduk Siberia hingga hari ini, yakni mereka masih meyakini Rusa sebagai haiwan yang suci. Hal ini juga dapat dilihat dari tatu-tatu yang ada di badan  askar Siberia.









0 Komentar untuk "Misteri Ukiran Rusa di Batu Menegak di Deer Stones Mongolia."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info