Keunikan Pulau Just Room Enough Hanya Sebesar Rumah Sahaja.
Sebuah pulau bernama Just Room Enough mempunyai saiz yang tidak lebih dari sebuah rumah saja. Pulau itu terletak di kepulauan Thousand Island Amerika Syarikat. Begitu kecilnya pulau tersebut, rumah yang berdiri di atasnya kelihatan seperti sedang terapung di permukaan air jika dilihat dari jauh.
Lengkap dengan sebuah pokok dan taman kecil yang berada di atasnya, pulau itu dapat memancing rasa ingin tahu semua orang untuk melawatinya.
Kerana peraturan di negara tersebut yang membolehkan jual beli pulau, maka Just Room Enough dibeli oleh sebuah keluarga bernama Sizeland pada 1950-an. Keluarga tersebut ingin menyendiri dari orang ramai dan tidak ingin diganggu oleh jiran .
Memang lokasi pulau yang berada di perairan menyebabkan cita-cita ini tercapai. Mereka boleh berehat di pulau kecil itu tanpa gangguan orang lain. Tempatnya lokasi pulau berada di sempadan antara negara Kanada dan Amerika, dan berdiri di perairan sungai St. Lawrence Timur di Ontario. Ada banyak lagi pulau-pulau dengan saiz yang juga tidak boleh dikatakan besar, dan dimiliki oleh peribadi.
Ia kecil, namun kriteria sebuah pulau iaitu berada di atas permukaan air selama kurun waktu tertentu, sudah membuat pulau Just Room Enough dianggap sebagai bahagian dari 1864 pulau di antara kepulauan Thousand Island lain.
Untuk menuju ke pulau terkecil itu, pelancong perlu memandu bot terlebih dahulu. Disiarkan oleh Amusing Planet, kini pulau itu menjadi yang paling ramai dikunjungi pelancong kerana ingin melihat sendiri keunikannya itu.
0 Komentar untuk "Keunikan Pulau Just Room Enough Hanya Sebesar Rumah Sahaja."