Banjir paling buruk melanda Lembah Mississippi di Amerika Syarikat dalam tempoh 70 tahun, menenggelamkan rumah-rumah, ladang-ladang dan jalan raya selepas paras air Sungai Mississippi naik lebih enam kali ganda daripada paras biasa.
Banjir itu berlaku kerana hujan lebat sejak bulan lalu yang menyebabkan air sungai dan anak sungai meningkat serta akibat salji tebal yang cair.
Jurutera tentera pada Selasa lalu menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing yang ditenggelami air di Memphis, Tennessee, di mana lebar Sungai Mississippi kebiasaannya sekitar 800 meter, kini mencecah n 4.8 kilometer lebar.
Daryl Hissong dan anak lelakinya berusia tiga tahun merupakan antara beribu-ribu mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka yang dilanda air lumpur akibat banjir teruk itu.
Mereka mengemas barangan mereka pada hari Ahad lalu dan keesokan paginya air naik hampir dua meter di dalam rumah mereka yang terletak di pinggir bandar Memphis.
"Kemungkinan besar ia (banjir) akan mengambil masa sehingga sebulan untuk keadaan kembali reda," ujar Hissong kepada AFP.
Tambak semula jadi telah melindungi kebanyakan kawasan Memphis daripada banjir teruk tetapi mereka yang tinggal di kawasan sungai mengalir masuk di Pulau Mud.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di sepanjang pinggir sungai dan semalam, air sungai melimpahi beg-beg pasir yang dibina di sekeliling sebuah kondominium.
Namun, mercu tanda muzik Graceland dan Sun Studios di Jalan Beale tidak terjejas.
Ia merupakan banjir terbesar di lembah Mississippi sejak 1937 dan air sungai itu di beberapa kawasan meningkat melebihi rekod sebelum ini.
Home
»
Dunia Alam
»
Menakjubkan! Rumah di Perkampungan di Mississippi Tidak Akan Tenggelam Walaupun Banjir.
popular post
-
Linnie Ikeda, wanita 24 tahun berasal dari Hawaii mengalami keadaan yang aneh. Tubuhnya tanpa sebab mengeluarkan darah secara misteri. Te...
-
Pasangan perkahwinan unik ini berasal dari bandar Yanchang, Provinsi Shaanxi, China. Pengantin ini tidak diketahui nama penuhnya, namun p...
-
Sesetengah orang memang menggemari haiwan, tetapi bagi Gary Matthews, 47, dia mengimpikan untuk menjadi seekor anjing.Matthews yang juga...
-
Pencinta seni saat ini semakin dimanjakan dengan pelbagai jenis seni tubuh seperti tatto dan piercing . Dengan berkembangnya zaman body p...
-
Seluar dalam anti curang khusus buat lelaki yang suka bermain kayu tiga . Seluar dalam anti curang ini dibuat di China kerana banyaknya ro...
-
Syarikat arkitek yang berpusat di Hong Kong, OVA Studio telah merancang Hive-Inn, hotel dengan bentuk seperti permainan zig-zag yang dipe...
-
Menurut legenda kuno, Iceland merupakan medan perang abadi, dengan senjata berupa lava. Lava yang terlontar dari gunung api aktif, serin...
-
Tahukah anda Burung Kolibri atau Hummingbird iaitu hanya satu burung yang boleh terbang berundur? Tidak seperti burung-burung umumnya...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







0 Komentar untuk "Menakjubkan! Rumah di Perkampungan di Mississippi Tidak Akan Tenggelam Walaupun Banjir."