Menakjubkan! Lampu Gantung Bersaiz Raksasa Diperbuat Dari Kaca Berwarna.
Pelancong yang berkunjung ke London, United Kingdom, seolah-olah wajib melawat tempat yang unik ini. Pelancong akan dibuat terpegun dengan lampu gantung cantik yang berada di kubah Muzium Victoria and Albert di London.
Ketika memasuki Muzium Victoria and Albert, pengunjung akan terus disambut dengan lampu gantung bersaiz raksasa yang diperbuat daripada kaca. Lampu gantung Rotunda ini mempunyai panjang 8 meter dengan diameter selebar 3 meter.
Lampu ini direka sehingga menyerupai tentakel sotong namun dengan warna yang cerah. Ketika dinyalakan, maka warna hijau, kuning dan biru akan semakin membuat cantik lampu tersebut.
Lampu Rotunda diciptakan oleh seniman Dale Chihuly. Sebelumnya, Dale sudah sering membuat banyak orang terpukau dengan karya seni dari kaca.
Lebih dari 200 muzium di seluruh dunia menyimpan karya seniman berusia 82 tahun itu. Muzium di Amerika, Kanada, UK, Arab bahkan Singapura, mempunyai karya seniman yang pernah menuntut di Universiti Washington, Seattle.
0 Komentar untuk "Menakjubkan! Lampu Gantung Bersaiz Raksasa Diperbuat Dari Kaca Berwarna."