THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17 yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.
Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.
“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu,” kata jurucakap itu.
Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.
Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.
Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. - AFP
popular post
-
Kebiasaan perkara aneh ada di perkampungan Spielplatz di Hertfordshire dimana para penduduk kampung ini suka berb0gel. Perkampungan Spie...
-
Di musim gugur, bermakna banyak daun kering berjatuhan ke tanah yang akan membuat orang sibuk untuk menyapu membersihkannya. Membakar dau...
-
Jepun – Video seekor kucing memakai kostum monyet menjadi viral di internet dan mendapat 6.7 juta tontonan dalam masa dua hari selepas ...
-
Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempu...
-
Tidak boleh dibayangkan bagaimana seseorang hidup sendirian tanpa berinteraksi dengan orang lain. Namun, lelaki bernama Liu Shengjia ini ...
-
Banyak gadis-gadis zaman sekarang bercita-cita untuk menjadi seperti boneka Barbie kegemaran mereka. Lain halnya dengan Katie Lawrence, g...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan set...
-
Amerika Syarikat – Sebuah kabin di puncak awan menjadi tempat rahsia untuk pelancong bermalam pada ketinggian lebih 2,100 meter dari pa...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH17: Putin Janji Bantu Keluarkan Mayat, Kotak Hitam "