Cerita Lucu! Tok Batin Pertama Kali Naik Bas
Maka tersebutlah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan di kalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500.
Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la.. Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya, lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.. biasa berkaki ayam je..)
Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas. Tok Batin cuba kontrol macho, lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu...
"Sekejap lagi sampai ler tu..", sahut pemuda tu selamba.
Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit.. Maklum ler first time naik bas. Last sekali dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor.
"Tok Batin nak gi maner..?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian.
"Aaaa.. Nak perghi pekan ler.. Nak tenghok citer Hindustan..", jawab Tok selamba. Lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu.
Apabila sampai aje di pekan, konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan..!"
Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju terus bangun. Dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas. Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya, "Hah. Tok.. apasal pulak tu?"
Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana selipar aku.. tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie.. Siapa kebas seliparr aku??!!"
0 Komentar untuk "Cerita Lucu! Tok Batin Pertama Kali Naik Bas"