BATU nisan yang ditemui di ruang tamu kediaman Nilsson. |
Malmo: Sepasang suami isteri menemui sesuatu yang luar biasa apabila mengubah suai ruang tamu rumah mereka batu nisan.
Gert Nilsson menggali lantai ruang tamunya di Fuglie, berhampiran Malmo di selatan Sweden apabila dia menemui batu berkenaan.
Batu itu masih baik dan nama yang tertera di atasnya masih boleh dibaca dengan jelas.
Ia nama dua lelaki dan seorang wanita yang mati pada pertengahan 1800-an.
Nilsson, tukang kayu menghabiskan masa beberapa tahun untuk mengubah suai kediaman keluarganya.
‘Saya menggali agak dalam di ruang tamu apabila cangkul saya terkena sesuatu yang keras.
“Apabila saya meneruskan kerja dan membersihkan tanah dan pasir di kawasan itu, saya terkejut kerana ia batu nisan, yang selama ini terletak di bawah sofa kami,” katanya.
Panjang batu itu ialah kira-kira 6 kaki dan empat inci tebal.
Tiga nama tertera di atasnya, bersama-sama dengan tarikh kematian.
Batu nisan itu dipercayai dipindahkan dari gereja kecil berhampiran apabila tanah kubur itu dibina semula pada 1904.hmetro.com.
0 Komentar untuk " Pelik, Batu Nisan Berusia 214 Tahun Ditemui Dalam Rumah."