KEJAM! Bapa Kelar Leher Anak Hingga Maut Ada Masalah Mental

Gambar Hiasan
BANGI: Polis mengesyaki seorang bapa yang menyembelih sehingga mati anak perempuan berusia tujuh tahun dalam kejadian Khamis lalu di Bandar Baru Bangi, mempunyai masalah mental.

Selain itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya juga akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk berkaitan kemungkinan suspek terbabit ajaran tertentu sehingga sanggup bertindak sekejam itu.

Dalam kejadian pada 4.15 petang, Khamis lalu, suspek berusia 44 tahun mengelar sehingga mati anak perempuannya sebelum menetak dua anak perempuannya yang lain berusia 10 dan 12 tahun.

Abdul Rahim berkata, dua anak suspek berada dalam keadaan stabil dan masing-masing dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kajang.


Kejadian tragik menggemparkan negara itu berlaku di rumah suspek di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.hmetro.com
0 Komentar untuk "KEJAM! Bapa Kelar Leher Anak Hingga Maut Ada Masalah Mental"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info