Sebahagian daripada pasukan Tentera Udara Diraja Australia bersedia untuk melakukan operasi carian dari pesawat Hercules C-130J di selatan Lautan Hindi, Jumaat. -foto AFP |
SYDNEY: Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss pada Jumaat berkata imej objek yang dicerap satelit dan mencetuskan pencarian antarabangsa terhadap pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi mungkin telah tenggelam.
Imej-imej tersebut dirakam satelit pada tarikh 16 Mac.
"Sesuatu yang sudah lama terapung di permukaan laut mungkin tidak lagi boleh terapung," katanya kepada pemberita di Perth.
"Ia mungkin telah tenggelam ke dasar."
warren berkata carian diteruskan di lautan dalam di kawasan yang terletak 2,500 km (1,500 batu) barat daya Perth.
Pesawat Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat yang menjalankan operasi SAR di sana akan disertai pesawat China dan Jepun pada hujung minggu.mstar.com.my
0 Komentar untuk "Serpihan Dipercayai Dari MH370 Mungkin Telah Tenggelam "