KUALA LUMPUR: Cuaca buruk menyebabkan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berdepan masalah mengesan objek yang dicerap satelit di selatan Lautan Hindi, yang boleh dikaitkan dengan pesawat Malaysia yang hilang, demikian menurut Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
Dalam tweetnya, AMSA menyatakan kepulan awan dan hujan mengehadkan jarak penglihatan anak kapal pesawat P-3 Orion RAAF dalam usaha mencari objek itu yang dicerap oleh satelit kira-kira 2,500km dari barat daya bandar raya Perth di Australia.
Pada Khamis, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata imej satelit itu mencerap dua objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER itu yang membawa 239 orang, berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas dan hilang sejak itu, yang kini masuk hari ke-13.
Pesawat itu dicari di Laut China Selatan namun kawasan pencarian diperluaskan dengan merangkumi sebahagian besar kawasan barat Malaysia, termasuk Lautan Hindi, apabila pesawat itu dipercayai melencong daripada laluan asal penerbangannya setelah seseorang secara sengaja mematikan sistem komunikasi pesawat, dan pesawat itu terbang untuk beberapa jam selepas itu.
Pencarian kini ditumpukan ke dua koridor - koridor utara yang merangkumi Kazakhstan, Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.mstar.com.my
popular post
-
Bermula dari hobi mengumpul Pemetik api bekas milik rakan-rakannya , seorang pengguna kaskus, monsterdhay, membuat karya seni yang meng...
-
Pepatah bilang datangnya cinta dari mata turun ke hati. Namun bagaimana jika ada Hello Kitty di mata anda? Apakah pepatah itu berlaku? Ka...
-
Pemahat profesional Ray Villafane dan krunya di Villafane Studios baru saja memulakan perjalanan di seluruh dunia untuk mencipta kary...
-
Jeff Green yang berasal dari Arizona telah menderita sejak pemergian isterinya. Untuk mengubat kerinduan serta mengatasi penderitaan itu s...
-
Salam semua pembaca blog gaban comel kali ini admin nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan set...
-
Jurugambar kelahiran Moldova, Sasha Leahovcenko melakukan perjalanan dua kali ke "hujung bumi" atau dikenali sebagai Chukotka d...
-
Kem ini tidak kelihatan seperti kem biasa untuk kanak-kanak perempuan . Ia adalah kem latihan ketenteraan di Korea Selatan di mana kanak...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info

0 Komentar untuk "MH370: Tentera Udara Australia Gagal Kesan Serpihan Di Lautan Hindi"