Seorang remaja perempuan di Rio de Janeiro mempunyai rambut panjang menjuntai seperti watak dalam cerita dongeng Rapunzel. Selepas 12 tahun memilikinya, kini rambut panjang itu dipotong untuk membeli rumah.
Gadis yang bernama Natasha Moraes de Andrade menangis ketika rambut dengan panjang 1.6 m miliknya dipotong untuk pertama kali. Walau sempat sedih, Natasha yang kini berusia 12 tahun itu mengatakan bahawa rambut pendek telah memberikannya kehidupan baru.Natasha tinggal di kawasan setinggan yang terletak di Rio de Janeiro, Brazil. Semasa
hidupnya ia tidak boleh menikmati hal-hal yang dirasakan oleh anak sebaya dengan nya, seperti bermain ke pantai, kerana panjang rambutnya itu.Memerlukan masa empat jam tiap minggunya untuk mencuci rambut dan satu jam setengah untuk menyisir rambut Natasha. Tapi kini, ia telah memotong rambutnya hingga 40 cm ketinggian rambutnya itu dan Natasha hanya memerlukan masa selama 5 minit untuk membasuh.Potongan
rambutnya tersebut dijual kepada salon khusus rambut extension dengan
harga 3000 poundstreling. Dari wang tersebut, Natasha dan keluarganya kini boleh menduduki rumah baru yang jauh lebih besar dan selesa."Saya
menangis ketika hairstyle rambut memotong rambut saya. Saya takut bila
saya tidak menyukai hasilnya, dan saya juga takut bahawa saya mungkin
tidak boleh mendapatkan wang yang saya inginkan itu, ujar Natasha,
seperti yang dikutip dari Daily Mail."Memotong
rambut telah memberikan saya kehidupan baru. Dulu saya takut sekali
keluar rumah kerana merasa ada orang yang akan menarik serta memotong
rambut. Tapi sekarang saya boleh melakukan apa-apa yang belum pernah
saya lakukan," tambah gadis yang belum pernah memtong rambutnya sejak
bayi itu.
Sekarang, Natasha boleh mendapatkan kebebasan seperti kanak-kanak sebayanya. Ia
pun memutuskan untuk belajar berbasikal, bahasa Inggeris dan Sepanyol
serta pergi ke pantai tanpa takut rambutnya akan basah. Walau telah meotong rambutnya, Natasha masih tetap mendapat gelaran yang sama dari teman-temannya, iaitu Rapunzel.sumber
popular post
-
Seorang wanita telah bersatu kembali dengan kucingnya yang hilang 12 tahun yang lalu, selepas dia ditemui hidup di sebuah pusat pemulihan...
-
Penjara dibangunkan untuk menghukum para penjenayah selain mereka di hukum para banduan di penjara juga di bekali beberapa kemampuan agar me...
-
Anjing dalam rakaman video ini terus terjun ke dalam air ketika tuannya pura-pura tenggelam. Pemilik anjing ini sengaja menguji kesetian ...
-
Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran pergunungan Ghats...
-
Sepasukan doktor di sini berjaya melakukan pembedahan rumit ke atas seorang wanita untuk mengeluarkan ketumbuhan dalam rahim seberat 14 ...
-
Saat seorang bayi hadir di dalam sebuah keluarga, sesiapa ingin menggendong dan membelainya, terutama si ibu. Namun, keinginan itu perlu ...
-
Hari Wanita Sedunia yang disambut 8 Mac memang sudah berlalu. Akan tetapi, bersemangat sebahagian orang awam dunia masih kelihatan. Sep...
-
Kisah cinta Romeo Juliet mungkin akan kalah dengan kisah kasih pasangan ini. Di usia mereka yang melebihi 90 tahun, Howard dan Laura telah...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


0 Komentar untuk "Jual Rambut Kerana Beli Rumah."