Kereta Ini Bercahaya Dalam Waktu Gelap.


Syarikat pengeluar kereta ternama, Nissan, baru saja melakukan penemuan baru. Sebabnya, kereta-kereta buatannya kini boleh menyala di malam hari atau glow in the dark. Perkara ini pun membuat Nissan tercatat sebagai pengeluar kereta pertama yang menerapkan cat berpendar di kenderaannya.

Cat khas itu pun diuji pada kereta elektrik Nissan LEAF. Untuk membuat cat tersebut, Nissan bahkan sampai harus meminta bantuan  Hamish Scott yang mencipta Starpath. Starpath adalah cat pelapis yang menyerap cahaya ultraungu di siang hari dan kemudian memantulannya di malam hari selama 8-10 jam.




Cat glow in the dark memang sudah sering dijual di pasaran, namun cat yang satu ini lebih unik kerana menggunakan formula rahsia yang seluruhnya terbuat dari bahan organik.

Di dalamnya ada kompaun Strontium aluminat yang memang boleh menyala di dalam gelap. Strontium aluminat merupakan serbuk kimia tidak berbau dan tidak berwarna yang mempunyai ciri-ciri boleh menyala dalam gelap lebih lama daripada cat biasanya.


0 Komentar untuk "Kereta Ini Bercahaya Dalam Waktu Gelap."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info