Wajah Lelaki Ini Mengerunkan.




Jika kebanyakan lelaki menghabiskan masanya untuk membuatnya lebih menarik didepan wanita, lelaki yang pelik ini malah menghabiskan masanya selama 11 tahun untuk menjadikan dirinya seperti syaitan.

Perkara ini dilakukan oleh lelaki aneh ini dengan maksud dan bertujuan ingin kelihatan berbeza dengan manusia lain di dunia ini.

Lelaki yang bernama Caim Mortis sudah menghabiskan masa selama 11 tahun untuk mengubah dirinya seperti Syaitan. Ia membuat tanduk di dahinya dengan menggunakan implan.

Tidak hanya itu, ia juga mentato biji matanya menjadi berwarna hitam seperti syaitan yang serupa dengan kegelapan. Lelaki ini juga memasang tindik di bahagian wajahnya.

Mortis yang berusia 42 tahun ini, mengatakan bahawa salah satu motivasi beliau untuk mengubah dirinya adalah untuk menjadi orang yang berbeza dari yang lain.

"Salah satu motivasi utama saya untuk pengubahsuaian tubuh agar menjadi dan berbeza daripada orang lain di dunia ini," kata Mortis.

Mortis diketahui memang bekerja sebagai artis pembuat tato yang berasal dari Mexico tetapi pindah ke Colombia kerana keluarganya telah membuangnya.

Selain bekerja sebagai artis tatu, Mortis juga bekerja sebagai DJ dan ia sangat suka muzik. Ia bahkan berharap jika orang-orang boleh kagum dengan apa yang dilakukannya.




0 Komentar untuk "Wajah Lelaki Ini Mengerunkan."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info