Seringkali kita mendengar orang-orang yang ingin bersendirian dengan berangkat ke gunung atau ke gua. Mereka bersendirian, bersemadi atau sekadar datang untuk mendapatkan ketenangan dan merawat suasana batin mereka. Tapi ternyata tempat-tempat itu sebenarnya bukan termasuk tempat yang dikatakan paling sunyi, kerana di sana tentu saja kita masih boleh mendengar suara-suara flora dan fauna.
Inilah tempat paling sunyi di dunia. Sebuah bilik yang ada di Orfield Laboratories di AS. Kerana sunyinya, bahkan konon kita boleh mendengar suara detak jantung kita sendiri. Sedikit menyeramkan bukan. Ruangan ini disebut ruang anechoic yang di dalamnya tidak ada bunyi apa pun dan seterusnya membuat kita merinding kerana dapat mendengar suara-suara di dalam tubuh kita sendiri. Orfield Laboratories adalah sebuah makmal yang berada di Bandar Minneapolis.
Bilik tersunyi ini telah diistiharkan oleh Guinness World Records sebagai 'the quietest place in the world' pada tahun 2004 yang lalu. Mengapa boleh demikian? Kerana reka bentuk bilik ini membuat 90% suara dapat diserap. Dindingnya terbuat dari besi dan konkrit. Dinding dan silingnya bersalut kaca acoustic wedges yang befungsi menyerap suara.
Di ruang ini pendengaran kita akan bekerja maksimum kerana walaupun pada -9,4 deseibel saja kita boleh mendengar. Padahal pendengaran normal rata-rata bekerja untuk suara yang mencapai 30 desibel. Tapi tentu saja jika tidak siap mental sebaiknya jangan sekali-kali memasuki bilik ini. Kerana sunyinya kita boleh stress dan mengalami halusinasi berlebihan.
Untuk apa ruangan ini dibuat? Ini adalah bilik yang direka untuk menguji kadar stress seorang angkasawan sebelum dilepas ke stesen luar angkasa. Tapi tenang saja, untuk dapat berkunjung ke sana kita tidak harus menjadi ahli NASA kerana bilik itu juga boleh dikunjungi pelancong. Hanya saja tiketnya cukup mahal, yakni sebanyak 300-400 USD untuk satu jam berada di dalamnya. Berani mencuba?
popular post
-
Setelah tujuh bulan filem " Frozen" dikeluarkan , rupanya peminatnya di Jepun masih taksub dengan Anna , Elsa , Olaf...
-
Sekumpulan mahasiswa yang diketuai oleh Ashrita Furman, pemegang rekod Guinness, membina sebuah raket tenis setinggi 50 kaki atau sekitar...
-
Penemuan mumia di gurun Taklamakan, China menjadi lebih menarik apabila ahli arkeologi turut menemui keju pada dada dan leher mumia berke...
-
Seniman kelahiran Perancis Edouard Martinet mempunyai idea yang kreatif dan unik dengan membuat karya seni dari besi lusuh dan logam yang...
-
Lego mungkin hanyalah sebuah mainan kanak - kanak . Namun di China , ribuan lego ditempah menjadi bangunan hotel bintang tujuh yang mewah...
-
1. Kaum Gypsy Kaum Gypsy adalah pengembara, ras misterius, tersebar di seluruh Eropah dan bahagian Asia, Afrika, dan Amerika. Sebenarn...
-
Seorang pemain biola menghiburkan doktor ketika dibedah dengan gesekan biola beliau. Naomi Elishuv bermain biola di tengah menjalani p...
-
Gerai kopi di Jepun, Akai Tento no Koohii Ten, diterjemahkan sebagai warung kopi khemah merah adalah sebuah kedai kecil yang menyajikan ...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info





0 Komentar untuk " Bilik Paling Sunyi dan Senyap di Dunia."