Tangkal Kuno Berusia 1,500 Tahun

Selama abad ke 5 dan 6, Cyprus adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur. Empayar Rom telah terbelah dua selama abad ke-4, dan Cyprus jatuh di bawah kawalan kuasa Rom timur. Ketika Empayar Rom Barat jatuh pada abad ke-5, Empayar Rom Timur terus berkembang dan menjadi Empayar Byzantine.

Pada abad ke-5, Kristian adalah agama rasmi Empayar Rom Timur, dan seiring dengan peredaran masa, mereka yang politeistik - disebut juga kafir - sedar pada amalan-amalan tradisional, yang berada di bawah sekatan ketat dan larangan.

Namun demikian, beberapa orang terus berlatih tradisi lama dan menyembah para dewa. Tidak terkecuali kepercayaan terhadap sebuah tangkal, yang boleh membawa kemenangan atau juga keburukan bagi mereka yang memilikinya.




Seperti penemuan tangkal kuno dua sisi, di mana satu sisi mengandungi tulisan dengan 59 huruf, dan sisi lain berupa gambar, termasuk mumia yang dibalut dan terbaring di atas perahu.

Yang membuat aneh penyelidik tangkal ini menunjukkan makhluk berkepala anjing, yang dalam mitos disebut Cynocephalus. Di salah satu bentuk tangkal itu juga ada gambar dewa Harpocrates, yang duduk di bangku memegang tangan kanannya hingga bibir.





Tangkal ini menambah bukti bahawa orang-orang masih memegang kepercayaan tradisional, keyakinan jahiliah di Cyprus untuk masa yang panjang masih dilakukan.

Tangkal ini ditemui pada 2011 oleh ahli arkeologi dengan Paphos Agora Project, dan dianggarkan berumur lebih daripada 1,500 tahun. Diketuai oleh Jagiellonian University profesor Ewdoksia Papuci-Wladyka, pasukan ini menggali sebuah agora kuno di Nea Paphos, Cyprus, dan mencari tangkal ini .

Agora merupakan tempat berkumpul di dunia kuno. Dan tangkal yang ditemui di Nea Paphos dibuat untuk melindungi pemiliknya dari bahaya.

"Ini memberikan bukti bahawa Kristian  hidup berdampingan di Paphos pada saat tangkal itu digunakan," kata Papuci-Wladyka yang kam kutip dari Livescience.com.

Namun untuk huruf-huruf lain masih menjadi teka-teki yang perlu dipelajari lebih lanjut.
0 Komentar untuk "Tangkal Kuno Berusia 1,500 Tahun"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info