Selepas Grumpy Cat si kucing berwajah masam yang menjadi idola di internet, kini muncul lagi idola baru di Instagram. Tidak hanya bermuka masam, pompous Albert juga mempunyai tatapan mata yang yang sangat garang. Hal inilah yang membuat wajahnya kelihatan seperti jahat dan kejam.
Nama pompous Albert sendiri diilhamkan daripada nama Albert Einstein. Kucing yang berasal dari bangsa kucing Selkirk Rex ini mempunyai bulu yang lembut dan kelihatan kerinting.
Apabila pompous disamakan dengan manusia, maka seolah-olah ia mengidap sindrom Bitchy Resting Face. Sindrom tersebut membuat wajah orang kelihatan selalu kesal atau menjengkelkan. Walaupun kucing ini mempunyai wajah menakutkan, namun pompous selalu menjadi kesayangan para pengguna Instagram.
Hingga ketika ini, ia telah mempunyai 24 ribu pengikut di Instagram kerana ekspresi wajahnya yang unik. Banyak pencinta kucing yang justru menganggap wajah jahat dan mata garang pompous sebagai sebahagian daripada ekspresi lucu dan comel.
0 Komentar untuk "Kucing Berwajah Garang dan Kejam Menjadi Viral "