Cuba Bunuh Diri Lompat Dari Atas Bangunan, Lelaki Ini Tak Jadi Kerana Tersangkut.


Walaupun telah cuba membunuh diri, Apabila seseorang belum ditakdirkan untuk meninggal dunia maka ia tidak akan meninggal. Tuhan mempunyai banyak cara untuk menyelamatkan seseorang dari bunuh diri. Jika sebelum ini seorang ayah tidak jadi bunuh diri kerana buah hatinya yang masih kanak-kanak kecil, kali ini seorang lelaki di Hongkong tidak jadi bunuh diri setelah ia tersangkut di besi penyokong
penghawa dingin.

Lelaki yang diketahui bernama Yuan tersebut telah membuat laporant  polis dan anggota bomba. Lelaki berusia 44 tahun ini kelihatan tersangkut di
penghawa dingin milik penduduk di tingkat 6 sebuah pangsapuri di kawasan North Point, Hongkong.


Tersangkutnya Yuan sendiri pertama kali di ketahui oleh salah seorang penghuni lain pangsapuri itu pada rabu pagi 26/03/2015. Kerana peristiwa tersebut, polis dan bomba tempatan di panggil untuk menyelamatkan Yuan.

Awalnya bomba menggunakan tangga untuk menolong Yuan. Namun, tangga yang digunakan kurang tinggi. Hingga akhirnya dua orang dari bomba memutuskan untuk naik ke atas pangsapuri menggunakan tali dan menolong Yuan.

Seorang polis yang juga hadir dalam penyelamatan tersebut mengatakan bahawa Yuan tinggal di bangunan pangsapuri tersebut tempatnya di tingkat 11. Lelaki 44 tahun ini dijangka melakukan aksi nekad lompat dari atas bangunan pada selasa malam. Namun, kerana jarak antara bangunan yang terlalu sempit, ia justru tersangkut di penyangga
penghawa dingin salah satu milik penghuni pangsapuri lain.



Terdapat beberapa luka lebam di badan Yuan. Dan setelah dilakukan pemeriksaan lebih lanjut, tidak ada patah tulang ataupun luka serius lain. Seluar yang dikenakan Yuan tersangkut di penyangga udara dan rupanya seluar tersebut mampu menahan tubuh lelaki itu dari malam hingga pagi hari.

Berada di ketinggian rupanya membuat Yuan merasa takut dan bimbang. Sejak polis dan anggota bomba datang, ia berteriak meminta bantuan untuk menyelamatkannya. Ia juga kelihatan panik dan tangannya memegang erat beranda apartmen agar ia tidak jadi terjatuh.


  
Selepas berjaya diselamatkan, Yuan dibawa ke hospital setempat untuk menjalani rawatan. Polis sendiri belum mengetahui penyebab pasti kenapa Yuan ingin bunuh diri. Bagi jiran tetangga, Yuan dikenali sebagai lelaki yang cukup pendiam dan tidak biasa bersosial dengan orang lain.


0 Komentar untuk "Cuba Bunuh Diri Lompat Dari Atas Bangunan, Lelaki Ini Tak Jadi Kerana Tersangkut."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info