Alam kadang memberi kejutan yang tidak terduga . Siapa sangka , dari sebuah kelopak bunga ros yang cantik , muncul bentuk tengkorak yang menyeramkan . Ini adalah bunga ros yang terbentuk semulajadi dan asli , tanpa kejuruteraan foto .
Dsiarkan oleh discovermagazine.com , foto ini diambil oleh Todd Terwilliger dan diposkan dalam laman Flickr miliknya . Foto ini diambil pada sebuah taman di Notre Dame . Yang membuat bunga ros ini unik dan agak menyeramkan adalah kesan wajah tengkorak pada kelopak yang terbentuk secara semula jadi .
Yang mengagumkan , ada jurugambar lain di Fickr dengan ID yang juga mengambil foto bunga ros di lokasi yang sama , iaitu Notre Dame . Kemungkinan , dua jurugambar ini mengambil gambar bunga ros yang sama . Maka boleh dipastikan bahawa ini memang bunga ros asli dan tanpa kejuruteraan .
Bunga ros ini tentu tidak tumbuh dengan kelopak bentuk tengkorak . Fenomena ini disebut Pareidolia , iaituketika kita seolah - olah melihat bentuk tertentu pada sebuah benda , padahal itu hanya kerana kita akrab dengan bentuk tengkorak , sehingga bentuk rawak pada kelopak bunga ros ini kita anggap berbentuk tengkorak .
Peristiwa ini mungkin hanya terjadi satu daripada berjuta - juta bunga yang mekar . Namun inilah bukti bahawa alam selalu memberi banyak kejutan untuk kita . Semoga hal unik ini boleh membuat anda makin mencintai alam .
popular post
-
Kenderaan ini diletakkan begitu lama di kampung Huayang, di wilayah Sichuan, China, hingga tertutup oleh tanaman merambat dan berduri. Di...
-
Great Dune of Pyla terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan teluk Arcachon, Perancis, yang dikenali sebagai bukit pasir tertinggi di Eropah...
-
Lee Min Ho adalah pelakon berasal dari Korea Selatan kelahiran Heukseok-dong, Dongjak-gu, Seoul, 22 Jun 1987. Ia lahir sebagai anak kedu...
-
Australia mempunyai banyak perkara menarik dan melampau yang menarik pelancong berkunjung. Jadi tidak hairanlah jika di Australia terdapa...
-
Jeff Bloch, adalah peminat American race-car yang suka membuat pelbagai contraptions gila untuk popular. Pencapaian terbaru beliau - kend...
-
Kucing bernama Garfi ini, mulai banyak dicari oleh peminat kucing di seluruh dunia. Garfi memang mempunyai wajah garang dan kelihatan sea...
-
Jurugambar kelahiran Moldova, Sasha Leahovcenko melakukan perjalanan dua kali ke "hujung bumi" atau dikenali sebagai Chukotka d...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "Terdapat Wajah Tengkorak Pada Bunga Ros Ini."