Tradisi Bakar Diri Bukti Kesetian Pada Suami



Ada sebuah tradisi yang aneh di India yakni tradisi yang diberi nama Sati tradisi ini adalah tradisi bakar diri untuk membuktikan kesetian isteri terhadap suaminya.

Kata “Satya” yang ditemukan dalam bahasa Jawa kuno, merupakan kata yang di adopsi daribahasa Sanskerta India, dari bentuk kata sifat “Sati”, yang berarti tulus, jujur, loyal (untuk satu suami, raja; bersumpah kepada seseorang), berbudi luhur, baik. Untuk mengenal lebih jauh akanarti dari kata Satya (setia), mari kita mengenal terlebih dahulu erti dari kata Sati.





Sati adalah satu tradisi kuno di India yang telah diamalkan sejak berabad-abad lalu. Kebiasaannya balu yang kematian suami akan melompat ke dalam api yang sedang marak semasa upacara membakar mayat suaminya dan ia dianggap sebagai satu cara yang mulia untuk menunjukkan pengorbanan sebagai seorang isteri yang setia.

Mengikut kepercayaan Sati dilakukan kerana nilai diri seorang balu tanpa suami dianggap sangat rendah dikalangan masyarakat. Sati dikaitkan dengan unsur keagamaan, tapi sebenarnya banyak teori lain tentang kenapa adat kontorversi ini boleh wujud?.



Ada pendapat sahih mengatakan bahawa majoriti balu yang melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dengan kata lain dibunuh.

Pendapat ini berkait rapat dengan bukti-bukti bahawa waris keluarga mendiang suami hidup senang hasil harta warisan yang dibolot.

Walaupun begitu, amalan Sati pada masa kini sudah diharamkan di India.

0 Komentar untuk "Tradisi Bakar Diri Bukti Kesetian Pada Suami"

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info