Banjir paling buruk melanda Lembah Mississippi di Amerika Syarikat dalam tempoh 70 tahun, menenggelamkan rumah-rumah, ladang-ladang dan jalan raya selepas paras air Sungai Mississippi naik lebih enam kali ganda daripada paras biasa.
Banjir itu berlaku kerana hujan lebat sejak bulan lalu yang menyebabkan air sungai dan anak sungai meningkat serta akibat salji tebal yang cair.
Jurutera tentera pada Selasa lalu menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing yang ditenggelami air di Memphis, Tennessee, di mana lebar Sungai Mississippi kebiasaannya sekitar 800 meter, kini mencecah n 4.8 kilometer lebar.
Daryl Hissong dan anak lelakinya berusia tiga tahun merupakan antara beribu-ribu mangsa banjir yang terpaksa meninggalkan rumah mereka yang dilanda air lumpur akibat banjir teruk itu.
Mereka mengemas barangan mereka pada hari Ahad lalu dan keesokan paginya air naik hampir dua meter di dalam rumah mereka yang terletak di pinggir bandar Memphis.
"Kemungkinan besar ia (banjir) akan mengambil masa sehingga sebulan untuk keadaan kembali reda," ujar Hissong kepada AFP.
Tambak semula jadi telah melindungi kebanyakan kawasan Memphis daripada banjir teruk tetapi mereka yang tinggal di kawasan sungai mengalir masuk di Pulau Mud.
Banjir menenggelamkan rumah-rumah di sepanjang pinggir sungai dan semalam, air sungai melimpahi beg-beg pasir yang dibina di sekeliling sebuah kondominium.
Namun, mercu tanda muzik Graceland dan Sun Studios di Jalan Beale tidak terjejas.
Ia merupakan banjir terbesar di lembah Mississippi sejak 1937 dan air sungai itu di beberapa kawasan meningkat melebihi rekod sebelum ini.
popular post
-
Sampan yang diperbuat daripada kertas yang biasa digunakan untuk mainan kanak-kanak telah memberi inspirasi kepada beberapa jurutera bera...
-
Di Kagga Kamma, rizab alam semula jadi juga boleh menjadi tempat percutian mewah. Penginapan ini, yang terletak di Pergunungan Cederber...
-
Apa yang membuat Asha Mandela bertahan hidup setelah mengalami dua serangan jantung, kanser, dan dua kali stroke? Menurutnya, rambutnya. ...
-
Seorang lelaki berusia 25 tahun di sini bertukar menjadi ‘pokok’ selepas kedua-dua tangan dan kakinya ditumbuhi ketuat seperti akar pok...
-
Bagger 288 ( Penggali 288 ) dibuat oleh syarikat Jerman Thyssen Krupp untuk tenaga dan kos Rheinbraun kos AS $ 100 juta. Alat ini sering ...
-
Mendengar berita tentang kucing, anda mungkin membayangkan haiwan lucu berbulu yang kecil. Namun inilah calon kucing terbesar di dunia de...
-
Melakukan bungee jumpin memang dianggap mengasyikkan bagi para penggemar sukan ekstrem. Namun, ada baiknya kalau kamu persiapkan segala-g...
-
"Dulu aku menuruti kemahuan ketua suku kerana tidak punya pilihan. Namun sekarang, setiap kali melihat wanita melahirkan dan memberi...
BLOG LIST ( EXCHANGE LINK)
Blog Archive
Latest News
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info







1 Komentar untuk "Rumah Ini Tidak Akan Tenggelam Walau Dilanda Banjir"
Bestkan dapat tinggal di rumah yang tidak mudah dilanda banjir.
Orang lain sibuk berpindah, dia pula tidak risau walau di sekeliling air besar melanda.