BogelAnak di Khalayak Ramai.


  Sikap seseorang kanak-kanak  cerewet dan degil adalah lumrah kehidupan namun mereka memang memerlukan arahan dan bimbingan dari ibubapanya. Namun sebuah pemandangan yang kurang sedap dipandang mata berlaku di Sichuan beberapa masa yang lalu.

Seorang ayah nampak melucutkan pakaian anaknya yang masih kecil. Ia nampak hilang kesabaran setelah si anak  ini berjam-jam  tidak mahu menggunakan jaket di tengah udara yang memang agak sejuk.



Kesal dengan perbuatan anaknya, akhirnya si ayah yang habis kesabaran itupun memilih untuk terus melucutkan pakaian  yang digunakan anaknya. Kemudian ia mengheret anak gadisnya itu sejauh 100 meter di jalanan.

Menurut orang ramai, sepertinya lelaki tersebut sering memanjakan anaknya, membelikan apa-apa yang dia mahu dan tak pernah menyakitinya. Hal ini sempat mendapat pengendalian polis, namun pada akhirnya si ayah dilepaskan kerana tidak nampak adanya bukti kekerasan pada anak yang jelas.

Kemungkinan si ayah hanya sedang emosi. Namun tetap banyak orang yang menganggapnya berlebihan. Sikap cerewet kanak-kanak tersebut dianggap merupakan tanggung jawab ibubapa itu sendiri. Walaupun kanak tersebut nakal, tidak semestinya juga dihukum dengan cara seperti itu.





0 Komentar untuk "BogelAnak di Khalayak Ramai."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info