Makan Batu Untuk Hilangkan Stress.


Semua Wanita meyakini bahawa makan coklat boleh menenangkan hati dan fikiran. Tetapi tidak dengan wanita yang satu ini. Teresa Widener, Wanita berasal dari Bedford, Virginia, Amerika Syarikat ini memakan batu untuk menenangkan perasaannya.

Teresa mengaku, dalam seminggu dia boleh menghabiskan batu seberat 1.3 kg. Wanita 45 tahun ini telah menelan 1360 kg sepanjang hidupnya. Menurutnya, semakin sering dia merasa gelisah semakin sering dia akan memakan batu.

"Lebih dari 20 tahun, aku telah memakan sekitar 1.3 kg dalam seminggu. Jumlah tersebut tidak menentu bergantung keadaan perasaanku. Jika aku merasa sedih dan gelisah, aku akan makan lebih banyak batu dari biasanya, kerana ini boleh membuatku lebih tenang," ungkap Teresa, seperti disiar Dailymail.

Sebelum makan batu, Teresa akan memecahkannya dengan penukul besi dan memilihnya terlebih dahulu. Kemudian, dia memakannya perlahan-lahan dengan gigi sebelah kiri. Menurutnya, gigi di sisi kiri lebih kuat dari gigi lain.

Teresa pun mengaku tidak pernah mengalami masalah perubatan akibat dari kebiasaannya itu. Hanya saja, terkadang perutnya sakit dan jarang buang air besar.





Related Post

  • Banyak Gila Kutu Kat Kepala Budak Nie. Di era teknologi canggih sekarang ini mungkin banyak yang tidak pernah melihat atau merasakan mempunyai kutu di rambu…
  • Buah Punyai Bentuk Yang Luar Biasa. Pernahkah anda melihat bentuk buah-buahan tidak seperti bentuk buah pada umumnya? Nah, beberapa waktu lalu di Malaysia…
  • Macam Gajah Batu Nie. Kira-kira 90 km sebelah selatan dari bandar Paris, anda akan mencari Fontainebleau yang digambarkan sebagai salah sa…
  • Indahnya Masjid Kat Jepun Nie. Jepun ialah sebuah negara maju dengan Islam menjadi agama yang minoriti di sana. Namun demikian, perkembangan Islam d…
  • Serah Taik Anda Dibayar. OpenBiome sebuah institusi di Amerika bersedia untuk membayar mahal jika anda mahu menyerahkan najis anda untuk penye…
0 Komentar untuk "Makan Batu Untuk Hilangkan Stress."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info