Ketagih Makan Batu Bata.


Seorang lelaki India dari negeri Kerala, selatan negara ini mempunyai diet pemakanan yang pelik apabila dia didapati ketagih makan batu-bata, batu kerikil dan lumpur.

Ajaibnya, lelaki itu, Pakkirappa Hunagundi, 30, mampu makan sehingga tiga kilogram batu dan lumpur pada setiap hari yang didapati dari jalan-jalan.

Hunagundi dilaporkan mula mempunyai selera terhadap objek yang tidak boleh dimakan orang lain ketika usianya baru mencapai 10 tahun.

Sejak dari itu, dia mula menguyah batu dan lumpur yang terdapat pada dinding dan jalan-jalan raya dan mendakwa diet itu langsung tidak mendatangkan sakit buatnya.

Gangguan pemakanan pelik itu dikenali sebagai 'Pica', sejenis ketagihan terhadap bahan-bahan yang tidak mempunyai nilai pemakanan.

Malah dengan keadaan giginya yang masih sempurna, Hunagundi mengenepikan tanggapan bahawa dia harus menghentikan ketagihannya itu.

"Saya telah makan batu bata dan batu kira-kira 20 tahun. Saya suka memakannya dan menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Perkara itu menjadi satu kemestian bagi saya. Saya boleh mengelak daripada makan lauk-pauk, tetapi tidak batu atau lumpur," katanya sebagaimana lapor Mail Online.

Walaupun ibunya cuba memujuk dia untuk meninggalkan diet pelik itu, namun bagi lelaki tersebut, bahan-bahan binaan mempunyai rasa yang lebih baik berbanding makanan biasa.





Related Post

  • Basikal Paling Panjang di Dunia  Dihasilkan  masa yang cukup lama, basikal yang mempunyai panjang lebih daripada limousin terpanjang di dun…
  • Terbalik Kerana Muatan Tinggi Pernah melihat lori dengan muatan sangat banyak memandu di jalan? Pasti diantara korang pernah berfikir bagaimana jika…
  • Ikat Jaket Untuk Kerja Amal Musim sejuk menjadi saat yang paling menyengsarakan bagi manusia yang tiada tempat tinggal. Sebabnya, sebahagian besa…
  • Bayar Gaji Dengan Coklat Coklat merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia. Bahkan, tidak sedikit orang menjadi sanga…
  • Akhirnya Lahirkan Seorang Bayi Lelaki. Gara-gara terlalu inginkan anak lelaki, seorang ibu di sini tidak pernah putus asa untuk mengandung menyebabkan dia k…
0 Komentar untuk "Ketagih Makan Batu Bata."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By Catatan Info