Kuih Dari Jepun Seperti Titisan Embun.
Sekilas pandang anda mungkin mengagak gumpalan air jernih itu adalah makanan. Namun, tompok yang menyerupai titisan air itu adalah mochi alias rice cake, kuih tradisional khas dari Jepun.
Pembuatnya mendakwa makanan itu adalah kek, bukan jeli. Kek dengan bentuk luar biasa itu adalah variasi lain dari Shingen mochi yang biasanya dibuat daripada tepung beras yang kenyal.
Shingen mochi tradisional biasanya berwarna kuning dan dimakan dengan taburan serbuk soya serta sirap gula. Meskipun sudah menjadi makanan khas di Jepun namun ternyata Shingen mochi ini hak patennya dipegang oleh syarikat Kinseiken Seika.
Begitu juga untuk versi transparennya yang dikenali sebagai "mizu Shingen mochi" juga dibuat oleh syarikat tersebut. Mochi lutsinar ini berbentuk mirip kristal yang diperbuat daripada air pergunungan di Jepun bahagian selatan. Maka tidak hairan jika mochi itu diberi nama "mizu" yang artinya adalah air. Kerana bahannya itu, maka mochi ini harus dimakan dalam 30 minit kerana jika tidak akan segera meleleh dan terus rosak jika dicolek.
0 Komentar untuk "Kuih Dari Jepun Seperti Titisan Embun."