Baju Kameja Diperbuat Dari Emas Tulen.
Untuk mempamerkan kejayaan perniagaannya di bidang tekstil, Pankaj Parakh, pengusaha berasal dari India memakai baju yang seluruhnya terbuat dari emas tulen seberat 4kg. Pankaj mengenakan baju emas itu dalam rangka merayakan hari jadinya yang ke-45 pada 8 Ogos.
"Saya ingin mengenakan sesuatu yang istimewa untuk mengucapkan kesyukuran dengan berkunjung ke Kuil siddhivinayak di Mumbai," katanya. Kerana diperbuat emas tulen maka beratnya mencapai mencapai 4 kg. Meskipun sangat berat, Pankaj mengaku tidak terganggu.
"Aku tidak pernah pergi dengan memakai perhiasan emas kurang dari 2-3 kg," katanya. Baju emas itu mempunyai 7 butang yang terbuat dari emas tulen yang dijahit dua bulan oleh 20 pekerja. Sedangkan emas yang digunakan adalah emas tulen 18-22 karat tanpa campuran.
Pankaj juga menegaskan bahawa baju emas ini tercatat dengan telus di laporan syarikatnya. "Aku selalu tertarik dengan emas sejak usia 5 tahun hingga akhirnya boleh menjadi kenyataan. Jadi adalah hal yang wajar jika aku mengenakan emas di ulang tahun ke-45, "Pankaj mengatakan lagi . "Bahkan di hari pernikahan saya 23 tahun lalu orang-orang bilang memalukan aku memakai emas lebih banyak daripada isteriku, tapi aku memang suka logam berharga," tegasnya.
0 Komentar untuk "Baju Kameja Diperbuat Dari Emas Tulen."