Tips Melembutkan Bibir Kering dan Merekah Menggunakan Scrub Gula Pasir.


 Bibir kering. Bibir pecah-pecah. Kesannya boleh membuat kulit bibir tidak lagi lembut dan halus. Kalau sudah begitu, setiap kali pakai lipstik hasilnya tidak memuaskan. Belum lagi dengan rosaknya hasil riasan wajah kerana bibir yang sudah tidak cantik lagi.

Ternyata ada cara mudah untuk melembutkan bibir . Tidak perlu keluar banyak wang lagi. Dikutip dari everydayroots.com, kita boleh menggunakan gula pasir sebagai bahan utamanya.

Bahan-Bahan yang Perlu Disiapkan
1 sudu besar gula pasir (atau boleh juga pakai gula tebu (brown sugar)
madu secukupnya (boleh diganti dengan minyak kelapa atau minyak zaitun)
setitik vanila (sebagai penambah rasa sahaja, tidak digunakan juga tidak apa-apa)




Cara Membuat dan Menggunakan
1. Campurkan semua bahan hingga rata dan melekit.
2. Gosokkan scrub gula pasir ke kulit bibir.
3. Gosokkan dengan lembut hingga cukup untuk mengangkat sel-sel kulit mati.
4. Biarkan 1 minit.
5. Lap dengan kain lembut dan bersih.
6. Gunakan lip balm.

Perlu diperhatikan lagi agar tidak menggunakan scrub ini secara berlebihan. Cukup gunakan scrub ini sekali seminggu sahaja. Selamat mencuba!
0 Komentar untuk "Tips Melembutkan Bibir Kering dan Merekah Menggunakan Scrub Gula Pasir."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info