Lelaki Berb0gel Ini Terperangkap di Jambatan Selama 3 Jam Pungg0ngnya Melecur.
Bomba Florida, AS akhirnya berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit di jambatan di Fort Lauderdale. Entah bagaimana, lelaki itu boleh tersepit dalam keadaan yang tidak masuk akal tanpa seurat benang pun. Menurut pegawai-pegawai bomba, lelaki yang tidak disebutkan namanya itu teperangkap pada hari Jumaat (22/5) pagi waktu tempatan.
Ketika itu dia sedang melintasi jambatan, namun tiba-tiba tuil jambatan terangkat dan membuat lelaki itu berlari ke bahagian hujung. Nahasnya, dia justru ikut terperangkap sampai di ketinggian 31 meter.
Dianggarkan, dia b0gel sebab sebelumnya berenang di kawasan bawah jambatan. Operasi menyelamat dramatik itu berterusan selama tiga jam. Bomba mengalami kesulitan menjangkau lokasi sebab hanya menggunakan tangga. Tapi sebelumnya, ahli bomba memberinya seluar dan baju untuk menutupi tubuh lelaki itu. Jambatan itu tidak lama kemudian berjaya diturunkan.
Setibanya di bawah, lelaki itu dibawa ke Broward Health Medical Center untuk merawat luka bakar pada bahagian punggungnya. "Sekali anda di atas sana, menurut saya anda akan berfikir bahawa anda tidak akan mahu berada di sana lagi. Anda tidak boleh kemana-mana dan tidak boleh turun ke bawah," ungkap Ketua Timbalan Fort Lauderdale Fire Rescue Timothy Heiser.
Peristiwa sama pernah menimpa seorang wanita pada Oktober 2013 lalu.Dia terperangkap di jambatan ketika sedang mengikuti lumba lari.
Demikian dilkutip dari Huffingtonpost.
0 Komentar untuk "Lelaki Berb0gel Ini Terperangkap di Jambatan Selama 3 Jam Pungg0ngnya Melecur."