Lelaki Rusia Berjaya Membina Rumah Dari 12 Ribu Botol Champagne.
Kreatif, mungkin kata tersebut merupakan kata yang paling tepat untuk menggambarkan lelaki bernama Hamidullah Ilchibaev tersebut. Lelaki BERasal dari Rusia ini berjaya mencipta karya yang luar biasa. Ia berjaya membuat sebuah rumah yang diperbuat daripada 12 ribu susunan botol champagne.
Rupanya idea untuk membuat rumah dari botol champagne ini didapat saat Hamidullah kehilangan anak keduanya. Anaknya sangat mengagumi hobi ayahnya yang gemar membina sesuatu dari tumpukan botol champagne.
Hingga akhirnya, anaknya pun menyemangati ayahnya untuk membina sebuah rumah dari tumpukan botol champagne. Namun, Hamidullah menganggap hal tersebut mustahil untuk dilakukan.
Lelaki berusia 52 tahun tersebut pun akhirnya memutuskan untuk membina sebuah rumah sesuai dengan impian anaknya. Hamidullah kemudian mengumpulkan lebih dari 12 ribu botol champagne kosong selama tiga tahun.
"Ketika aku mula membina rumah itu, aku tidak menyangka ada begitu banyak jenis botol champagne," katanya. "Jadi, aku harus menggunakan pemotong gelas khusus agar botol-botol yang dikumpulkan mempunyai saiz yang sama."
Jika dilihat dari luar, rumah tersebut kelihatan kukuh kerana Hamidullah menambah asas batu bata untuk menyokong susunan botol champagne itu. Ia bahkan berani memastikan kalau rumah buatannya diramalkan dapat bertahan sekurang-kurangnya sehingga 100 tahun.
"Aku menyusun botol-botol itu dengan penuh perkiraan," tambahnya. "Jadi, jika ada beberapa botol yang pecah, aku dapat dengan mudah menggantinya tanpa perlu membukanya terlebih dahulu."
0 Komentar untuk "Lelaki Rusia Berjaya Membina Rumah Dari 12 Ribu Botol Champagne."