Bayangkan anda naik roller coaster setara bangunan 41 tingkat, lalu jatuh bebas hanya dalam kiraan 10 saat sahaja. Tentu itu menjadi perkara yang paling mengerikan dalam hidup anda. Namun bagi pecinta aktiviti ekstrem, itu adalah cabaran yang perlu dicuba.
Inilah Zumanjaro, roller coaster yang dinobatkan sebagai tertinggi di dunia. Tingginya kira-kira 138 meter atau setara dua kali ganda tinggi patung Liberty. Roller coaster ini dibina sejak tahun 2012, dandicadangkan akan dibuka untuk umum musim panas .
Roller coaster dengan jumlah penumpang 41 ini, akan ditarik hingga puncak, sebelum jatuh bebas dengan kelajuan sehingga 204 kilometer sejam. Dan akan ada dua tanjakan, yang sedikit demi sedikit menghentikan lajunya.
Pada tanjakan pertama, pengunjung dapat melihat bangunan pencakar langit di Philadelphia sejauh 52 batu, sebelum graviti membuat roller coaster kencang kembali. Dan hanya dalam masa 10 saat sahaja, untuk menikmati wahana yang satu ini. Tapi bagi anda yang mempunyai jantung lemah, jangan harap boleh menikmati tunggangan yang satu ini.
Untuk boleh menikmati wakana yang satu ini, anda perlu bersabar, kerana baru akan dibuka sekitar musim panas , atau kira-kira pertengahan tahun 2014.
0 Komentar untuk " Roller Coaster Zumanjaro Paling Ekstrem dan Tertinggi di Dunia ."