Lelaki berasal dari Pakistan ini didakwa melakukan nikah palsu untuk mendapatkan visa di United Kingdom, lelaki berusia 28 tahun berbangsa Pakistan ini akan berkahwin Beata Szilagyi warga negara Hungary yang berumur 33 tahun hanya untuk mendapatkan pasport UK.
Rancangan lelaki malang ini sebelumnya telah berjalan lancar hingga memasuki pejabat pentadbiran Hull City UK, namun hanya kesalahan kecil yang ia lakukan dalam rancangannya menjadi tanda tanya, Zubair Khan lupa menyebutkan nama isterinya saat hendak melangsungkan perkahwinannya dengan Beata Szilagyi.
Kecurigaan mulai dirasakan petugas saat Zubair Khan lupa nama panjang calon pasangannya itu dan yang lebih mencurigakan adalah ia bertanya - tanya kepada orang - orang yang ada di sekitarnya siapa nama panjang calon pengantinnya itu.
Kerana curiga akhirnya petugas membawa calon pasangan pengantin ke pejabat polis tempatan dan akhirnya keduanya pun mendapatkan hukuman Zubair Khan mendapatkan hukuman penjara selama 20 bulan sedangkan isterinya yang berbohong mendapatkan hukuman 17 bulan berada di penjara.
Beata Szilagyi ini hanya berniat membantu Zubair Khan kerana Zubair Khan menawarkan ganjaran untuknya jika perkahwinan telah lulus dan pasport telah di tangan.Namun rancangan ini akhirnya terbongkar pihak polis UK pun mengesyaki adanya tindakan yang tidak baik untuk sistem imigresen UK yang akan di lakukan oleh Zubair Khan ini.
0 Komentar untuk "Gara - Gara Lupa Nama Isterinya Lelaki Ini Dipenjara 20 Bulan."