Al-Fatihah! Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia .


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.

"Doakan semoga ayahanda sihat kembali," tulisnya dalam kenyataan itu.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian pada 1 Januari lepas kerana mengidap kanser prostat.www.astroawani.
0 Komentar untuk "Al-Fatihah! Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia . "

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info