Mengerikan! Lelaki Ini Ditikam Pemutar Skru di Lehernya.


Berbalah pendapat antara dua orang, berakhir buruk. Bahkan bukan hanya sesama rakan, suami isteri yang sering bergaduh boleh berakhir dengan kematian. Hal ini banyak berlaku di sekitar kita, dan hampir mewarnai berita  di internet hingga akhbar.

Dan tidak sedikit juga beradu pendapat berakhir dengan keadaan yang cukup mengerikan, seperti yang terjadi pada seorang lelaki berasal dari China bernama Zhang Tan. Di mana ia harus berakhir di hospital, selepas sebuah pemutar skru mendarat tepat di lehernya.

Zhang Tan tidak pernah menduga, jika rakannya yang bernama Kang Su berkelakuan demikian keji, setelah dijemput ke rumahnya dan bertemu dengannya. Lalu apa yang membuat Kang Su sanggup melakukan perkara yang dahsyat tersebut?

Rupanya, Kang Su yang diundang Zhang Tan ke rumahnya ditagih hutang sebanyak
£100. Namun kerana tidak mempunyai wang dan tidak mahu membayar, Kang Su mengambil pemutar skru sebagai senjata untuk membunuh Zhang Tan.



Nasib baik, pemutar skru tersebut hanya berada kira-kira 3 milimeter dari pembuluh nadi di lehernya. Sehingga ia tidak kehilangan banyak darah.

Kang Su yang panik telah melakukan hal tersebut, terus  memberitahu adik perempuan Zhang Tan, dan membawanya ke hospital.

Doktor pun terus melakukan prosedur pembedahan yang cukup berisiko, di mana nyawa Zhang boleh saja melayang saat mengeluarkan pemutar skru tersebut. "Pembedahan tersebut sangat berisiko, pesakit boleh saja meninggal," kata doktor Liu yang merawat Zhang.

Kini Kang Su sedang manghadapi tuduhan atas usahanya membunuh temannya tersebut.


 
 
 
 
0 Komentar untuk "Mengerikan! Lelaki Ini Ditikam Pemutar Skru di Lehernya."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info