Wanita Ini Tidak Mahu Bayar Sewa Kerana Biliknya Berhantu.

Setiap orang pasti mempunyai alasan tersendiri untuk menolak membayar cukai, seperti wanita tua yang pelik ini tidak mahu membayar sewa kerana biliknya berhantu.

Alasan wanita ini memang sukar untuk difahami, tetapi ia benar-benar tidak mahu membayar sewa biliknya, hanya kerana ia sering didatangi oleh penghuni lain dari biliknya tersebut.

Wanita tua yang bernama Lorna McDonald ini mengatakan bahawa biliknya ada roh jahat yang selalu menganggunya setiap malam. Bahkan roh jahat itu dikatakan mengganggu biliknya selama berbulan-bulan.



Lorna menceritakan bahawa roh jahat itu sering datang setiap malam dan mengganggu dirinya dan juga anak perempuannya.

Kerana roh jahat ini anak perempuan Lorna akhirnya memutuskan untuk berpindah ke tempat lain, dan meninggalkan Lorna seorang diri di bilik tersebut.

Banyak kejadian aneh yang berlaku di bilik Lorna, mulai dari suara-suara aneh, barang berpindah sendiri, banyak benda yang jatuh sendiri, dan masih banyak lagi.

Lorna mengaku roh jahat tersebut sangat menganggu dirinya, dan membuatnya sukar tidur jika dimalam hari.

Lorna pun sudah cuba memanggil orang pintar untuk mengusir roh jahat tersebut. Tapi, orang pintar itu malah diserang oleh roh jahat tersebut, hingga meninggalkan bekas luka lebam.




Hingga saat ini Lorna masih tinggal dibilik tersebut seorang diri, kerana ia sudah tertunggak sewa selama berbulan-bulan, oleh kerana itu ia harus tetap tinggal disana sehingga ia boleh membayar semua hutangnya.

Ternyata, Lorna memilii pemikiran yang cukup aneh .Dia tidak mahu membayar sewa, kerana menurutnya kenapa ia perlu membayar jika ada orang lain yang tinggal dibilik tersebut.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Tidak Mahu Bayar Sewa Kerana Biliknya Berhantu."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info