London Bandar Termahal di Dunia Mengatasi Hong Kong.


London dikenali sebagai bandar yang penuh dengan tempat pelancongan yang indah, seperti Big Ben, London Eye, Tower Bridge, Buckingham Palace dan masih banyak lagi lainnya. Baru-baru ini, bandar yang berada di England itu berjaya mengekalkan prestasi yang unik.

London dinobatkan sebagai bandar termahal sedunia, menurut kajian oleh Savills. Salah satu syarikat hartanah di dunia itu menyebutkan bahawa London berjaya mengungguli Hong Kong sebagai bandar paling mahal sedunia untuk tinggal dan bekerja.

Savills juga menyatakan bahawa kos hidup di London dua kali lebih mahal jika dibandingkan dengan bandar Sydney di Australia. Walaupun 4 kali lebih mahal dari Rio de Janerio di Brazil. Naiknya harga hartanah hingga 18.4 peratus dalam satu tahun terakhir dan kekuatan nilai mata wang menjadi penyebab utama melonjaknya kos hidup di London.

Bandar London mengalami perkembangan yang cukup pesat. Pada tahun 2008 , London masih berada di kedudukan 5 dalam urutan bandar termahal di dunia. Namun saat ini, London memimpin bandar termahal sedunia bahkan mengungguli bandar metropolitan, New York, Amerika.

Berikut ini senarai 10 bandar termahal di dunia:

1.London
2.Hong Kong
3.new York
4.Paris
5.Tokyo
6.Singapura
7.Moscow
8.Sydney
9.Dubai
10.Shanghai

 




0 Komentar untuk "London Bandar Termahal di Dunia Mengatasi Hong Kong."

 
Copyright © 2014 Gaban Comel - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info